Untuk kepuasan hati pelanggan, pihak pengurusan kedai makan Aloha telah memperkenalkan menu baru berasaskan ikan sungai asli hasil sungai Pahang. Antara ikan yang biasa dihidangkan ialah ikan laih goreng, gulai asam tempoyak baung dan patin, gulai ikan tamalian dan tapah, gulai udang galah dan juga hidangan ikan paya seperti gulai ikan haruan. Lauk pauk yang dibakar juga telah diperkenalkan antaranya ayam kampung bakar, ikan pari bakar, ikan talapia bakar dan ikan kembung bakar. Disediakan juga juadah ayam kampung dan ikan talapia masak stim.
Waktu bekerja untuk kedai makan Aloha kini bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 6.30 petang. Walau bagaimanapun, tempahan makan malam boleh dibuat lebih awal dengan menghubungi pihak pengurusan. Pada hari Jummaat, hidangan bubur kacang disediakan secara percuma.
Tuesday, July 27, 2010
Memperkenalkan Menu Baru
Labels:
aloha,
ayam kampung,
ikan sungai,
kuantan,
makan,
maran,
masakan kampung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment