Sempena menyahut pengisytiharan bandar Maran sebagai bandar ayam kampung, kedai makan Aloha telah mengambil inisiatif tersendiri dengan menjadikannya sebagai menu istimewa utama. Pelbagai masakan ayam kampung telah disediakan antaranya masakan ayam kampung sup, rendang, dan goreng. Kedai makan aloha juga menyediakan masakan ala kampung seperti ikan bakar, ulam ulaman, paceri nanas, sayur pucuk paku, ikan keli goreng berlada, sotong goreng, ikan patin dan baung (sangkar) masak tempoyak, nasi lemak, kurma ayam, gulai daging, sup tulang dan daging, mee sup, dan pelabai juadah lain lagi.
Kedai makan ini telah berjaya menarik perhatian pelanggan di sekitar maran dan juga musafir yang menggunakan jalan biasa dan highway Kuala Lumpur - Kuantan. Antara daya penarik kedai makan ini ialah harganya yang murah (termurah di Maran), kemesraan pemiliknya dan juga layanan istimewa yang diberikan kepada pelanggan.
Sambil menikmati juadah, pelanggan akan dihiburkan dengan alunan bacaan Al-Quran, Nasyid dan irama pop yeh yeh yang dipasang menggunakan alat siaraya. Gerai ini dibuka dari pukul 7.30 pagi 4.30 petang, dan bermula dari 4 januari, masa berniaga telah dilanjutkan hingga 10.00 malam.
Tuesday, January 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment